About
MOE committee promoting Malay language, literature & culture among students since 2006.

Celebrating student excellence in Malay language learning
The Ministry of Education established the Malay Language Learning and Promotion Committee (MLLPC) in February 2006, following MLCPRC's recommendations. Comprising community leaders and representatives from tertiary institutions, Malay organisations, media and professional bodies, the Committee aims to enthuse students in learning Malay and foster interest in the language, literature and culture.

Chairman's Message
Dr. Syed Harun Alhabsyi
Senior Parliamentary Secretary (Ministry of Education and Ministry of National Development) and Chairman, MLLPC
Salam sejahtera dan selamat datang ke lelaman rasmi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).
Saya mengambil alih amanah sebagai Pengerusi MLLPC, berkuat kuasa Mei 2025. Jawatankuasa ini telah berusaha selama hampir dua dekad dalam memartabatkan bahasa Melayu di Singapura.
Tahun 2026 merupakan ulang tahun ke-20 bagi MLLPC – satu pencapaian yang sangat membanggakan dalam perjalanan bersama kita memupuk kecintaan terhadap Bahasa Ibunda. Sambutan penuh istimewa ini akan dijadikan peluang untuk kita merenung kembali pencapaian yang telah dikecapi dan merancang hala tuju yang lebih progresif untuk dekad akan datang.
Dalam era digital yang pesat berkembang, MLLPC komited untuk terus berinovasi dalam pendekatan pembelajaran dan penggalakan Bahasa Melayu. Dengan penglibatan dan sokongan kuat guru-guru Bahasa Melayu dan sekolah-sekolah kami, pembelajaran bahasa semestinya perlu memanfaatkan penggunaan dan penglibatan teknologi terkini, sambil kukuh mengekalkan nilai-nilai tradisional yang menjadi teras warisan budaya kita. Program Khas seperti Fiesta Bahasa dan Fiesta Kesantunan serta Kembara Nusantara akan terus dipertingkat dengan mengadunkan elemen-elemen interaktif yang lebih menarik dan relevan dengan generasi masa kini, terutama sekali bagi anak-anak muda kita di bangku sekolah.
MLLPC akan terus mengeratkan kerjasama dengan rakan kongsi agensi pemerintah seperti Majlis Bahasa Melayu Singapura, Lembaga Warisan Negara dan Lembaga Perpustakaan Negara dalam mencapai visi kami. Semangat kebekerjasamaan ini akan memastikan usaha kami lebih berkesan. Kami juga akan memperluas inisiatif pendanaan untuk program-program di mana visi dan matlamatnya adalah untuk memperkasakan dan meningkatkan lagi kecenderungan kepada penggunaan bahasa dan budaya Melayu.
Aspirasi kami adalah untuk melihat bahasa Melayu terus berkembang sebagai bahasa yang hidup, dinamik dan relevan tidak kira peredaran zaman. Saya mengajak semua pihak untuk bersama-sama menjayakan misi mulia MLLPC ini, terutamanya memandangkan sambutan ulang tahun ke-20 MLLPC yang bersejarah ini.
Saya yakin bahawa usaha ke hadapan MLLPC akan terus memainkan peranan penting di sekolah-sekolah kita. Semoga terus berkembang maju penggunaan Bahasa Melayu di kalangan anak-anak dan masyarakat kita.
Seikhlasnya,
Dr Syed Harun Alhabsyi
Setiausaha Parlimen Kanan (Kemeterian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Nasional) dan Pengerusi MLLPC
