Peraduan Menulis Cerpen 'Orang Singapura' 2026
Peraduan ini menggalakkan penulisan kreatif dalam kalangan pelajar-pelajar bagi kesemua peringkat berdasarkan pilihan lagu-lagu Allahyarham Pak Zubir Said.

Para peserta akan mempunyai masa dari tarikh pendaftaran 11 Februari sehingga 1 Mei 2026 untuk menghantar karya mereka.
Peserta dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran dan memuat naik cerpen secara dalam talian melalui pautan berikut: https://go.gov.sg/peraduancerpen2026. Hanya cerpen yang dihantar melalui pautan ini sahaja akan diterima. Penghantaran lewat atau tidak lengkap tidak akan diterima. Untuk penjelasan lanjut, sila menghubungi:
Mas Rafidah Mohamed Ali Mas_Rafidah_MOHAMED_ALI@moe.gov.sg atau
Muhammad Asyraf Khalid Muhammad_Asyraf_KHALID@moe.gov.sg.
Kesemua pelajar aliran utama boleh turut serta.
